Wednesday, November 11, 2009
~Tukarkan aku jadi angin, aku RELA~
Kerana aku tak mahu jadik aku.. Tak mahu jadik sesiapa.. Tak mahu jadik manusia.. Aku letih bila sering diperdaya!!!
p/s: Salah aku ke bila punya hubungan dengan suami orang sedangkan hakikatnya aku tatau apa2???
Tuesday, November 10, 2009
~Weekend yg best~
Pekhabar? Harap korang2 semua sihatlah yer.. Sekarang musim hujan dan musim orang demam jugak. So kalau kemana2 tu hati2lah yer.. Sentiasa sediakan payung k..hehe..*motip?*
Sabtu
Bangun lambat coz malam tu sempat jenjalan gi uptown Danau Kota. Saje cuci mata. Takde beli pape sangat pun. Duit tarak....hahaha.. Kul 5 pagi baru tidur :p Bangun kul 10 :D Kemas rumah, basuh baju, buat pape yg patut then kul 3.30 kuar gi UO Chowkit nak cari barang buat kek cokelat. Tetibe tekak teringin plak..hehe.. Sampai rumah kul 6 lebih laju2 buat kek coz malam nak bertolak gi Lumut plak ikut kawan aku balik kampung dia. Beliau ajak makan buah2 an..wah teruja ni babe.
Bertolak dari KL kul 9 malam sampai Lumut pukul 2 pagi. Boleh? Hahahaha..mana taknya sempat singgah makan la..singgah sinun sini la..hehe.. Borak2 lepak2 jap sambil makan buah2an dengan tuanrumah dan keluarga. Kul 4 pagi terus ketiduran.
Ahad
Bangun kul 7.30. Haihla anak dara sape la ni.. kat rumah orang pun bangun lambat... Matilah, awal2 bakal mak mertua dan reject ni..huahahaha... Lepak2 sarapan, pongpang berborak jap Pastu dalam kul 10 bertolak gi Teluk Batik. Dengan tak mandinya....hahahaha... memang selenga abis... kat Teluk Batik memang enjoy. Pantai dia cantik. Dengan cuaca yg panas kemain kami berendam sampai lengan masing2 dah jadik 2 tone warna. Tulah bahana lupa bawak sunscreen lotion..
Dalam perjalanan balik rumah kawan aku sempat singgah kat tepi2 sawah padi coz orang KL ni kejakunan nak bergambar dengan sawah padi *orang KL katanya padahal Johor mari* Pose2 maut tepi sawah tu jap terus chow balik rumah kawan aku. Kat rumah kawan aku lepak2 makan jap, mandi dan pukul 8 bertolak balik KL. Sampai rumah kul1 pagi. Hahahaha.. Janganlah korang tanya aku apsal perjalanan yg sepatutnya 2 jam je boleh jadik meleret2 k.. Biasalah kami2 ni kalau tak berhenti sana sini taksah perjalanan :p Pic ada tapi malas nak upload...hahaha.. Aku ni kan serba serbi malas. Cam korang tak biasa plak. Tengoklah kalau rajin aku uploadkan kemudian yer.. *rajin ke korang agak2? * hahahahah...
Pic kat bawah ni takde kena mengena dengan tajuk mahupun entry ini. Saje nak tepek coz dah ada dalam draf so kasik publish sekali. Ni masa aku gi lunch dengan kawan aku. Cerita basi dah ni. Rasanya 3 minggu lepas kot..hahahaha..gila basi punya cerita. Saje nak tunjuk SR dah tukar gelas dorang. Dulu gelas pendek2 jer..now dorang guna gelas panjang. Cantik tapi aku prefer gelas yg lama lagi. Dan kalau tak silap aku harga dorang pun dah naik sikit. Eh betul ker erk? Hahahaha.. Pic tu snap lepas kenyang. Licin. Sebelum makan takdan nak snap gambar kerana perut sudah bernyanyi2.. Aku makan Thai Fried Rice. Memang sedap. Siap ada 3 ekor udang besar atas tu.
Tuesday, November 3, 2009
~Pelaburan, ko ado?~

Monday, November 2, 2009
~Blog adik2 saya~
~Selepas 10 tahun~
PUISI UNTUK AYAH
Pada puisi ijinkan aku ayah
Bercerita tentang gerimis yang
Mengiringi kepergianmu
Atau hujan yang membasahi pilar nisanmu
Pohon kamboja mulai meranggas
Meski bunga kecil berteduh di bawah daun-daun kering
Pada puisi aku datang ayah
Bukan hendak menggugat takdir kematianmu
Atau menghujat sangat pemilik maut
Kali ini ingin aku katakan
Kepergianmu adalah pelajaran tanpa kamus
Perenungan panjang untuk dipahami
Bahwa hidup adalah pembuktian
Tuk wujudkan syukur dan sabar
Ketika harus menjalani skenarioNya
Pada puisi aku akan kembali menemui ayah
Lewat goresan pena
Yang mengajariku tentang arti kematian
Bila esok telah kutemukan
Muara kasihNya tak bertepi
Akan kuceritakan kembali
Sepuluh malam kepergianmu
Dan sepuluh bunga yang masih berteduh
Di bawah pohon-pohon kamboja
(Puisi ini pernah dimuatkan di majalah SABILI tahun 2001 *Indonesia* dan dicilok dari pakcik gugel. Maaf tak jumpa nama penulisnya)
p/s: Aku rindu pada arwah abah ku. Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Marilah sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah ku yg tercinta. Ketegasan beliau mengajar aku erti tabah...
Monday, October 19, 2009
~Milik Siapakah Gadis Ini??~

Friday, October 16, 2009
~Mulut ko bau longkang la~
Hehehe..semaknya blog aku ni. Dah bersawang dah.. Kata malas kan.. Camnilah rupanya blog orang pemalas.. Nak buat 1 entry sehari pun tak rajin. Penatlah uolls. Opis aku dahlah jauh..penat naik turun bas dan LRT je. Sampai rumah badan dah letih. Takdan dah nak ngadap blog. Ngadap FB aku rajinlah *leh terima tak alasan ni?* hahaha...
Ok, per kes ngan tajuk tu kan?? Nak tau tak? Meh aku citer. Ni bukan pasal orang mengumpat ke apa tau tapi semalam aku betul2 terserempak orang yang mulut dia bau longkang. Selama ni aku ingat tu perumpamaan jer tuk orang suka mengumpat/mengutuk orang lain tapi rupanya memang wujud manusia mulutnya berbau longkang *pitam*.
Masa tu aku on the way balik keje naik bas. Biasa bas mesti sarat macam sardin punya. Aku pun berdirilah sebelah sorang kakak yg duduk ni. Kakak tu sedang syok sembang kat tipon. Dengan sape taktaula. Bila je angin sepoi2 menyapa muka aku terus aku terbau longkang. Dalam hati aku pelikla dari mana datangnya bau longkang ni? Bas tu dah sah2 lah bas aircond yg tingkap bertutup kan. So aku pun duk tercari2 dari mana datangnya bau longkang ni sambil menahan hidung yg dah kembang kempis dan tekak yg start meloya. Astaga rupanya bau tu datang dari mulut kakak yg duk sebelah tempat aku berdiri ni. Setiap kali dia bercakap dan hembus nafas kuat tiapkali tulah aku terbau longkang.. Loya tu toksah cakapla. Terus aku tutup hidung dengan tisu. Tak boleh tahan ni. Silap2 kang aku termuntah atas riba dia.. Lagi haru..hahahaha...
Sib baik akak tu turun tak lama lepas tu. Kalau tak gerenti aku yg turun pasal tak tahan sangat ngan bau mulut dia tu. Aku bukan nak mengata la yer..tapi apsal la mulut ko leh berbau macam longkang wahai kakak? Bangun pagi tak gosok gigi dulu kahhhh? Isk isk isk..dahlah pakai vogue2 sekali mulut bau longkang apa kes? *pengsan*
p/s: Tahniah to Ceera yg pregnant. Moga dikurniakan anak yg soleh/solehah lagi comel dan moga Ceera dan ciput sihat2 selalu :) *i'm her silent reader*
Monday, September 28, 2009
~Thank You so much~
Papepun harini aku nak ucapkan thank you so much kepada semua yg datang blog aku. Tak kirala korang tinggalkan komen or tak. Aku sangat2 hargai.. Dan jangan pula bila aku tak komen kat blog korang, korang ingat aku tak datang melawat blog korang yer. Aku selalu je ikuti perkembangan korang, baca tiap entry korang. Tapi untuk menaip komen sangatlah berat... Aku pun taktau macam mana nak terangkan.. Bukan tak tergerak nak mengomen tapi entahla.. Kalau ada tu aderla kot.. Kalau takde aku minta maaf banyak2.. Aku akan setia baca blog korang dan korang pun tak semestinya kena komen entry aku. Akhir kata, THANK YOU so much kepada semua yg masuk blog aku ni..
Thursday, September 24, 2009
~Aku angin gila dengan kau~
Aku tak faham kau sebagai perempuan yg dah kawin tapi still nak menjalin hubungan dengan bujang/teruna kt luar sana. Tak cukup lagi ke laki kau kat rumah tu??? Kalau ditanya kau kata laki yg buat hal dulu, suka cari lain. Dahtu kau tak boleh nak jaga laki kau, mana dia tak cari lain. Kalau kau jaga laki kau tu baik2 takkan dia nak cari lain. Memanglah laki ni tak cukup satu, dah dapat bini cantik, baik, berpelajaran pun masih menggatal kt luar. Tapi apa kes kau sebagai bini bila laki kau macam tu kau pun sama naik daun? kau carik lak teruna/bujang kat luar sebagai kekasih? Bagus sangat ke? Apa nak tunjuk kau pun laku macam anak dara lagi ke? Bila kena cerai kau pun sukalah.. Kau tak fikir ke meruntuhkan masjid tu pun berdosa? Kenapa kau sebagai isteri tak berusaha nak pertahankan hubungan korang? Yg kau tambah lagi masalah dengan merenyam dengan orang bujang tu kau fikir sopan sangat ke? Haih...macam2lah kau niiiii.
Kau nak sangat lelaki bujang tu??? hah amiklah amik.. Tapi bila ditanya leh lak kau berdolak dalik.. Mula2 takde pape lepastu mengaku plak.. siap kata " pandai2 sayalah nak jaga dia macam ne" hamboi hamboi hamboi.. Apsal laki kau dulu kau tak reti nak jaga? Dasar apa kau ni? Aku angin gila dengan kau perempuan...lantak kaulah.. Pasni kalau dia carik aku lagik.. Jangan kau salahkan aku. AKU DAH TAK PEDULI!!!
p/s: entry di atas tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia.. Dan maaf kalau ayat2 agak kasar.. *sape rasa nak pang aku sila pang laju2*
Wednesday, September 23, 2009
~Tatau nak letak tajuk ape~
Sebenarnya banyak je yg aku nak share kat sini tapi ntahla.. Aku rasa idea nak mengarang dah tak macam dulu.. Kadang aku taip, pastu aku padam, taip, padam, taip, padam sudahnya aku logout je macam tu.. Nak kata malas, masuk facebook rajin je plak. And aku jugak nak mintak maaf sebab lama aku tak mengomen blog korang kan..tak bermakna aku tak singgah.. Just aku tak tinggalkan jejak je.. Aku tataula kenapa..taip idea nak menaip/mengomen memang sangat2 ketandusan.. Aku terfikir nak je delete blog ni. Tapi *berapa banyak tapi daaaa* aku sayang..sayang pada semua yg dah aku share dalam ni..sayang pada persahabatan yg terjalin antara aku dan korang semua melalui blog ni. Seriously, aku sendiri taktau apa nak jadi dengan aku sekarang ni..ehehehe...
Papepun doakan aku ok2 je... Nanti2la aku update yer :) Bolehkan..??? Pada yg susah2 bagi ecard tu sorry sangat2..bukan aku taknak amik dan tepek kat sini tapi nak login blog sendiri pun aku sangatlah malas.. Walaubagaimanapun aku hargai sangat2.. Thanks yer semua.. dan sebelum terlambat aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MINAL AIDIL WALFAIZIN, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN khas buat semua dari aku BUDAKGILACOKELAT :)...

